Tajuk pun dah buat orang binggung. Itu maksudnya tiada idea lah tu. Ini entah angin dari mana datang tiba-tiba buat blog pula. (hahaha...syok sendiri). Idea datang sebabnya adalah untuk menyimpan memori semasa hidup. (huhuhu..macamlah besok dah nak mat...) ish... seram pula rasa. okey, sambung balik cerita kita. Tapi sebelum tu adakah orang baca blog ni.. confirm tiada. (wahkhakahakahakah). Ada aku kisah? (hahahhaha). Nak harap otak ni simpan memori? Memang tidak boleh diharap. Spekmata pun boleh lupa letak dimana (selalunya letak atas kepala..hehehehee) inikan pula kisah hidup. Maklumlah dalam otak aku ni tinggal 8GB lagi dari 32GB, selebihnya dah kena virus (wahkakhkahaka). Jadi dengan buat blog saja dapat simpan kenangan yang baik untuk dikenang bila dah tua. Kenangan buruk kita hanya perlu tekan 'DELETE'. Hati pun senang, jiwa jadi tenang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan