Sempena cuti Good Friday, projek sarung kusyen obulounipon bermula. Yeah..rajin juga aku ni. hahahaaa...(tiada orang nak puji jadi puji diri sendiri). Sebenarnya rajin ni datang sebab terpaksa. Kesian cik kusyen, dah berpuluh tahun pakai sarung putih yang dah uzur. Siap ada peta dunia lagi menunjukkan kesetiaan pada empunya tuan. Oleh sebab sarung lama dah koyak. Jadi tangan aku ni pun terpanggil nak buatkan sarung baru. Nasib ada lebihan kain lining. Pola sarung kusyen ni aku usaha sendiri lakar balik di kertas minyak. Macam mana dapat pola kusyen? Ini dapat idea dari perkataan 'copy and paste'
1) Tetas 1 set sarung kusyen sebagai contoh
2) Cuci sarung sebab sudah penuh dengan habuk kusyen
3) 'iron' helaian sarung kusyen
4) Lakar semula ukuran di kertas minyak
5) Pola dah siap
Dah siap buat pola mulakan langkah potong dan jahit. Semasa proses menjahit sarung kusyen ni, ukuran ada lari sikit. Tapi sebagai tukang jahit, mesti pandai 'adjust'.
Tadaaaaaaa... inilah hasilnya.
SARUNG KUSYEN OBULOUNIPON